fbpx

Ahmad Samsuri selesai menghadap, mohon bubar DUN Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Samsuri ceria sebaik selesai menghadap Sultan Mizan bagi memohon pembubaran DUN Terengganu di Istana Syarqiyyah, Chendering, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu dijangka akan dibubarkan pada esok bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam tempoh terdekat.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, beliau telah mempersembahkan cadangan tersebut sewaktu menghadap Sultan Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Chendering, di sini sebentar tadi.

“Alhamdulillah, apa pun kita tunggu dokumen disahkan dan ditandatangani Kebawah Duli (Sultan Mizan).

“Kemudian baru saya akan keluarkan kenyataan (akhbar) berhubung pembubaran DUN (Terengganu),” katanya ketika ditemui di luar pekarangan Istana Syarqiyyah di sini hari ini.

Terdahulu beliau dilihat memasuki pekarangan Istana Syarqiyyah pada pukul 8.38 pagi sebelum keluar dari istana berkenaan kira-kira 40 minit kemudian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI