AKTOR Tom Cruise mendedahkan antara cita-citanya semasa kecil sememangnya untuk menjadi seorang pengarah filem.
Bintang berusia 60 tahun itu mengakui amat mengagumi bakat dan karya mana-mana pengarah yang dapat menghasilkan filem hebat sehingga memukau penonton.
“Saya membesar bersama orang-orang yang bekerja dalam industri filem. Jadi antara cita-cita saya sejak kecil, adalah untuk menghasilkan filem sendiri suatu hari nanti.
“Filem yang saya akan hasilkan nanti akan melibatkan kepelbagaian budaya yang ada di seluruh dunia. Bagi saya, peluang untuk berada dalam industri perfileman merupakan satu kerjaya yang tidak dapat dirasakan oleh setiap orang,” ujarnya.
Pada masa sama, Cruise turut memuji hasil kerja pengarah untuk filem terbaharunya, Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One iaitu Christopher McQuarrie yang disifatkan sangat genius.
“Dia (McQuarrie) antara pengarah terbaik yang pernah bekerjasama dengan saya,” katanya.