fbpx

Terkedu duit dalam bank tinggal RM1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAH PENG (tengah) menunjukkan laporan polis yang dibuat setelah menjadi mangsa scammer dalam satu sidang akhbar di Johor Bahru, hari ini.

JOHOR BAHRU – Seorang bapa kepada tiga orang anak terkedu apabila wang gaji yang diperuntukkan untuk perbelanjaan bulan keluarganya hanya tinggal RM1.

Itu situasi dihadapi ejen insurans, Koo Kah Peng, 53, apabila dia memeriksa baki akaun banknya secara dalam talian pada pukul 11 pagi, 20 Mei lalu mendapati wang dalam akaun tersebut sebelum ini berjumlah RM11,093.

“Setelah mendapati wang dalam akuan hilang semua dan hanya tinggal RM1 sahaja, saya rasa bimbang mungkin kad bank saya tercicir, tetapi setelah periksa ia tidak hilang.

“Saya kemudian terus ke cawangan bank berkenaan bagi mendapatkan penjelasan sebelum mereka menunjukkan rekod transaksi berlakunya pemindahan wang ke akaun bank seorang lelaki tidak dikenali bernama Nicholas.

“Transaksi pemindahan wang itu dibuat sebanyak empat kali dalam tempoh enam minit iaitu antara pukul 10.19 pagi hingga 10.25 pagi, melibatkan kerugian sebanyak RM11,092,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan, di sini hari ini.

Tambah Kah Peng, dia tidak mengenali siapa individu berkenaan dan tidak pernah membenarkan sebarang pemindahan wang daripada akaun bank miliknya dibuat mana-mana pihak.

Kah Peng turut memberitahu, pihak bank terlibat juga masih menjalankan siasatan bagaimana transaksi wang berkenaan boleh berlaku.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI