fbpx

TdF: Peter Sagan idam hadiah perpisahan istimewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAGAN berhasrat untuk mempertahankan jersi hijau buat kali kelapan pada saingan TdF 2023 yang akan bermula 1 Julai nanti. - AFP

BERN – Pelumba berpengalaman, Peter Sagan melaungkan keyakinan untuk memenangi jersi hijau kelapan menjelang kejohanan berbasikal Tour de France (TDF) yang akan bermula 1 hingga 23 Julai depan.

Dia yang mewakili pasukan Team TotalEnergies akan melakukan penampilan ke-12 dan mungkin yang terakhirnya pada perlumbaan paling berprestij itu, justeru Sagan sedia untuk bersaing merebut gelaran Raja Pecut.

Pelumba berusia 33 tahun itu berkata, walaupun bakal berdepan cabaran sukar dengan kehadiran pelumba-pelumba baharu, namun dia sedia untuk memberikan segala-galanya dalam kejohanan tersebut.

“Saya tidak perlu melakukan yang terbaik untuk menang, saya hanya memerlukan sedikit tuah dan cuba elak sebarang masalah. Mungkin saya boleh lakukan sesuatu dalam saingan mata klasifikasi.

“Jersi hijau kelapan bukanlah perkara yang mustahil, namun dengan kelompok pelumba generasi baharu, ia juga menjanjikan cabaran sukar. Saya akan fokus satu demi satu perlumbaan, kemudian baru buat keputusan,” katanya.

Untuk rekod, Sagan boleh dianggap ‘pemilik’ tetap jersi hijau TDF apabila sentiasa dinobatkan sebagai Raja Pecut sejak edisi 2012 hingga 2019 kecuali 2017 apabila dia disingkirkan daripada jelajah.

“Saya tahu setiap rekod boleh dipecahkan, namun mereka memerlukan sekurang-kurangnya tujuh tahun untuk leburkan rekod (jersi hijau) saya. Ia bukan perkara mudah tetapi boleh dilakukan,” ujar Sagan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI