fbpx

Tanggunglah dosa fitnah – Shuib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHUIB menegaskan individu yang menabur fitnah mengenai dia sudah berkenalan lama dengan Watie perlulah menanggung dosa tersebut.

PETALING JAYA – “Saya memang sengaja tulis pertama kali.”

Demikian penegasan pelawak, Shuib sekaligus menyelar dakwaan netizen dia pernah bermain golf bersama isteri, Watie sebelum berkahwin.

Katanya, kapsyen tersebut adalah ingin menegaskan dia dan Watie tidak pernah bermain golf bersama seperti yang tular dalam sebuah video sebelum ini.

“Saya memang sengaja tulis kapsyen buat pertama kali sebab saya memang pertama kali bermain golf bersama Watie,” katanya dalam InstaStory hari ini.

Dalam pada itu, pemilik nama penuh Shahmira Muhammad, 39, itu menegaskan individu yang menabur fitnah mengenai dia sudah berkenalan lama dengan Watie perlulah menanggung dosa tersebut.

Dia juga memberitahu suara lelaki yang kedengaran dalam video Watie sedang bermain golf itu adalah rakan isterinya.

“Jadi, kepada yang menulis komen macam tahu, tanggunglah dosa fitnah itu ya.

“Inilah pertama kali main golf bersama. Mengenai ‘nice nice’ (video tular tersebut), itu orang lain, kawan Watie,” ujar penyampai radio Suria FM itu.

Difahamkan, penjelasan Shuib ini dilakukan apabila foto dimuat naiknya yang memaparkan dia dan Watie bermain golf buat pertama kali dihujani dengan komen kecaman netizen.

“Buat pertama kami,” tulisnya ringkas dalam ruangan kapsyen.

Bagaimanapun, terdapat segelintir yang tidak berpuas hati dan mendakwa mereka pernah bermain golf bersama.

“Yeke? Bukanlah sudah lama dan pernah bermain golf bersama?

“Daripada sukan golf kembali kepada golf, sesuailah,” komen segelintir netizen.

Sekitar September tahun lalu, tular sebuah video Watie sedang bermain golf sebelum kedengaran suara lelaki yang didakwa milik Shuib.

Watie bagaimanapun menegaskan suara tersebut bukan milik Shuib yang pada ketika itu belum lagi terlibat dalam sukan golf.

Pada 23 Jun lalu, Shuib dan Watie selamat bergelar suami isteri dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Subang Jaya.

Shuib sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Siti Sarah dan dikurniakan empat orang cahaya mata.

Jodoh tidak panjang, Siti Sarah bagaimanapun disahkan meninggal dunia akibat Covid-19 pada Ogos 2021. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI