fbpx

Tang Jie-Ee Wei tawan Terbuka Taiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASANGAN negara berjaya menewaskan beregu tuan rumah untuk muncul juara pada Terbuka Taiwan. - BADMINTON PHOTO

BEREGU campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mengekalkan aksi cemerlang apabila memenangi gelaran ketiga musim ini selepas muncul juara pada Kejohanan Badminton Terbuka Taiwan semalam.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Tian-Mu Arena, University of Taipei, beregu No.19 dunia itu menewaskan pasangan tuan rumah, Chiu Hsiang Chieh-Lin Xiao Min 21-12, 21-8 dalam tempoh 30 minit.

Lebih manis, kemenangan itu membuktikan Tang Jie-Ee Wei layak berada dalam program Road To Gold (RTG) selepas nama mereka diumumkan tersenarai dalam program tersebut minggu lalu.

Selain itu, mereka juga melakar sejarah tersendiri apabila menjadi beregu campuran Malaysia kedua muncul juara pada kejohanan yang bertaraf Jelajah Dunia Super 300 itu selepas Koo Kien Keat-Wong Pei Tty pada 2004.

“Corak permainan hari ini (semalam) sangat bagus. Sejak awal perlawanan lagi mereka sudah dapat keluarkan permainan sendiri dan langsung tidak beri peluang kepada pemain lawan untuk bangkit.

“Sudah tentu saya gembira dengan kemenangan ini walaupun bertaraf (Super) 300. Sebenarnya, bukan mudah untuk mereka kerana sudah bermain dalam enam kejohanan berturut-turut,” kata jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto.

Hasil kemenangan tersebut, gandingan yang terkenal dengan julukan ‘gangster duo’ itu membawa pulang hadiah wang tunai AS$16,590 (RM77,583) serta pingat manakala Hsiang Chieh-Xiao Min berpuas hati dengan AS$7,980 (RM37,318).

Untuk rekod, pencapaian Tang Jie-Ee Wei pada musim ini cukup cemerlang apabila menampilkan aksi cukup konsisten selain turut memenangi Cabaran Antarabangsa (IC) Iran dan Orleans Masters.

“Saya juga gembira kerana Tang Jie dan Ee Wei menunjukkan respons cukup baik selepas aksi di Terbuka Indonesia. Sejak awal saingan hingga ke final, aksi mereka lebih fokus dan kurang melakukan kesilapan,” tambah Nova.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI