fbpx

Suami bakar isteri tidak dengar cakap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang suami (tengah) membakar isterinya selepas dia enggan mematuhi cakapnya supaya tidak berkerja di sebuah kafe di Tanjung Balai pada Jumaat lalui. - analisadaily

JAKARTA –  Seorang suami tergamak membakar isterinya pada Jumaat lalu kerana tidak mematuhi larangan supaya tidak bekerja di kafe, lapor portal berita analisadaily semalam.

Ketua Polis Tanjung Balai, Ahmad Yusuf Afandi memberitahu bahawa suspek ditangkap setelah keluarga mangsa membuat aduan. Menurut mereka, mangsa tidak mematuhi larangan suaminya yang cemburu buta.

Si suami dikatakan menyiram minyak tanah  dan menyalakan api pada tubuh isterinya dengan menggunakan mancis.

Dua orang saksi yang melihat kejadian tersebut kemudian membawa si isteri ke sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan.

Ahmad berkata, berikutan kejadian tersebut, si isteri mengalami melecur di kedua lengan, sebahagian wajah dan dadanya. 

Berdasarkan laporan dan keterangan saksi, polis kemudian menangkap suspek  dan dibawa ke balai polis untuk disoal siasat. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI