fbpx

Shuib suami kiriman Tuhan – Watie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Suami kiriman Tuhan.”

Demikian ungkapan manis isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah yang sedang menikmati bulan madu di Langkawi selepas hari kedua diijabkabul.

Tambah pemilik nama sebenar Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah banyak momen pertama kali yang dilalui mula dirasai kemanisannya berkat kesabaran sepanjang bercinta dengan penyampai radio Suria FM itu.

“Rupanya sabar itu indah. Allah mahu kita lalui segala momen di saat yang tepat.

“Sekarang, kami berdua sudah tahu apa makna sebenar percutian bulan madu.

“Banyak benda pertama kali saya buat bersama dia kerana sebelum ini dia selalu minta bersabar sebab bercinta dengan dia tidak seperti orang lain,” katanya menerusi perkongsian di Instagram.

Menceritakan momen percintaan sebelum bergelar isteri, Watie akui tidak pernah ada masa berdua bersama Shuib walaupun ketika sambutan hari lahir.

“Bila keluar akan bawa kawan, anak atau mak. Jalan pun tidak berpimpin tangan, tiada makan malam, bercuti dan habiskan masa berdua-duan.

“Kalau buat kejutan hari jadi saya pun, dia duduk meja lain dan hanya pandang saya dari jauh,” ujarnya.

Menerusi kapsyen lain, usahawan berusia 35 tahun itu secara bergurau ‘Eh eh.. Bangun pagi tahu-tahu dah ada suami.’

Sebelum itu, pasangan terbabit dilihat memuat naik foto bersama sambil berpelukan dengan berlatar belakangkan lapangan terbang.

Sedondon menggayakan persalinan putih, Shuib, 38, menulis kapsyen sweet yang berbunyi, ‘Assalamualaikum Cinta’, yang dibalas Watie dengan ‘Waalaikumussalam Rindu.’

Minggu lalu, Shuib dan Watie selamat diijabkabul pada majlis yang berlangsung di Putra Glass House, Shah Alam di sini, disaksikan 600 jemputan.

Pernikahan tersebut merupakan perkahwinan kedua buat Shuib selepas hampir dua tahun menduda.

Sebelum ini, Shuib berkahwin dengan Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, namun penyanyi itu meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 pada tahun 2021.

Rumah tangga mereka diserikan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 12; Dzahira Talita Zahra, 10; Ariq Matin, 7; dan Ayash Affan, 2. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI