fbpx

“Saya masih bujang, tegas, tidak banyak lelaki sukakannya – Inspektor Sheila

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Inspektor Shiela (kiri) bersama peguamnya di Mahkamah Majistret hari ini.

SELAYANG – Pegawai polis wanita tular dikenali sebagai Inspektor Sheila mengakui dia masih bujang dan belum berpunya selain memiliki percakapan dalam nada tegas.

“Saya masih bujang kerana terlampau tegas…tidak banyak lelaki sukakannya (tegas). Suara saya memang begini … cuba tanya penduduk di Petaling Jaya, Inspektor Sheila ini memang tegas orangnya.

“Cuba tanya penduduk di Petaling Jaya, Inspektor Sheila ini dia memang orang yang suka ikut prosedur…Saya bukan seorang yang suka cakap mengarut,” katanya.

Terdahulu, Sheila atau nama sebenarnya S.Shiela Sharon, 35, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengaibkan seorang anggota polis di sebuah kedai makan berpangkat Lans Koperal dua minggu lalu.

Mengikut pertuduhan, Sheila didakwa telah menyebut berkenaan pangkat Lans Koperal dengan cara tidak wajar kepada Lans Koperal Abdul Arif Farhan Abdul Razak dengan maksud untuk mengaibkan kehormatan penama tersebut.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kedai makan di Jalan SG 1/1, Taman Sri Gombak di sini pukul 1.25 petang pada 15 Jun lalu mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sementara itu, mahkamah lain, di hadapan Majistret Chai Guan Hock, Sheila didakwa atas dua lagi pertuduhan iaitu mengugut seorang wanita dengan niat untuk mendatangkan kegentaran kepada mangsa dan menghina kesopanan seorang lelaki dengan berkata; “You tengok badan you, gemuk , botak dan badak sumbu”.

Bagi kesalahan mengugut Sheila didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sementara bagi seksyen menghina, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman sama.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di tempat sama masing-masing pukul 12 tengahari dan 1 petang dan pada tarikh sama.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin bagi kesemua pertuduhan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI