fbpx

Proton, Affin lancar kad kredit baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Roslan (kanan) pada majlis pelancaran kad kredit baharu hasil kerjasama Affin Bank dengan Proton di Kuala Lumpur hari ini.

PETALING JAYA – Proton telah bekerjasama dengan Affin Bank untuk melancarkan kad kredit/-i afiliasi yang disasarkan kepada pemilik Proton.

Kad Kredit/-i Afiliasi Affin Avance Proton itu akan memberikan keistimewaan dan faedah eksklusif kepada pelanggan Proton apabila mereka menggunakannya untuk membuat pembayaran di cawangan yang dibenarkan.

Antara keistimewaan yang dinikmati oleh pemegang kad termasuk adalah pengecualian yuran tahunan seumur hidup, tiga kali mata ganjaran Affin untuk menjamu selera, pembelian dalam talian/e-dagang dan transaksi di outlet Proton dan satu kali mata ganjaran Affin untuk transaksi runcit lain.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata, kad kredit tersebut
dicipta khusus untuk pelanggan Proton dengan  menawarkan pelbagai faedah dan keistimewaan.

“Mana-mana pembeli Proton yang membiayai pembelian mereka dengan Affin Bank secara automatik akan ditawarkan kad baharu ini dan kami menggalakkan semua pemilik sedia untuk turut memohonnya untuk menikmati keistimewaannya,” kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI