fbpx

Polis Selangor sahkan ‘Inspektor Sheila’ didakwa atas 3 pertuduhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein Omar.

GOMBAK – Polis Kontinjen Selangor mengesahkan seorang penjawat awam wanita, didakwa atas tiga pertuduhan di Mahkamah Majistret Selayang, di sini, hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tertuduh, ‘Inspektor Sheila’ atau nama sebenarnya, S. Sheila Sharon Sheila, 35, didakwa di bawah Seksyen 506 manakala dua lagi di bawah Seksyen 509.

“Dalam kes pertama, pegawai tersebut dituduh di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mengeluarkan perkataan bagi maksud mengaibkan kehormatan seseorang.

“Bagi kes kedua, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mengeluarkan perkataan bagi maksud mengaibkan kehormatan seseorang.

“Bagi ketiga-tiga pertuduhan ini, tertuduh tidak mengaku salah dan mahkamah menetapkan 7 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula serta tarikh serahan dokumen berkaitan.

“Mahkamah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan wang jaminan keseluruhan sebanyak RM5,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan sementara menunggu tarikh sebutan semula,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambahnya lagi, jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, tertuduh boleh dihukum penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun atau denda atau dengan kedua-duanya sekali.

“Bagi kesalahan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, jika disabitakan kesalahan tertuduh boleh dihum penjara selama tempoh yang boleh sampai lima tahun atau denda atau dengan kedua-duanya sekali,” ujarnya.

Terdahulu, media melaporkan, seorang pegawai wanita telah didakwa dengan dua kes selepas videonya yang menghina anggota polis pangkat rendah tular di media sosial.

Kejadian tersebut didakwa berlaku di salah sebuah kawasan di sekitar Gombak.

Namun, tindakannya tidak berhenti di situ apabila satu lagi video yang menyaksikan pegawai tersebut memaki hamun seorang wanita di sebuah tapak pakir kereta, di Brickfields turut tular di media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI