fbpx

Polis akan ambil keterangan individu di lokasi kejadian, siasatan kes masih mati mengejut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD Dzaffir (tengah) pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan. FOTO - NOR SHAFAWATI YUP/KOSMO!

SEREMBAN – Pihak polis akan merakam keterangan semua individu yang berada di lokasi kejadian letupan bom lempar yang mengorbankan seorang jurulatih dan seorang penuntut dari Institut Pentadbiran Dan Pengajian Pangkalan Udara Sendayan (INSTAR) semasa latihan menembak senjata dan bom lempar di Kem Syed Sirajuddin, petang semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, rakaman tersebut bagi melengkapkan siasatan polis dan setakat ini kes masih diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR).

“Siasatan dari pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) melibatkan kes mati mengejut, namun kita difahamkan pihak Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) juga menjalankan siasatan untuk mengenalpasti punca kejadian.

“Kita akan rakam kenyataan semua (individu) yang berada di lokasi kejadian,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

TUDM sebelum ini dalam kenyataan memaklumkan sudah menghubungi waris dan akan menubuhkan satu Lembaga Penyiasatan berhubung kejadian bom lempar tersebut serta menyerahkan kepada PDRM untuk menjalankan siasatan.

Dalam insiden tesebut, dua maut melibatkan anggota TUDM yang sedang menjalani Latihan Menembak Senjata Bantuan dan Bom Lempar Penuntut Kursus Peningkatan Pembantu Pertahanan Kelas 1 (KPPP Kls 1) Siri 78/23 yang berlaku di Tapak Latihan Grenade Asas, di lapang sasar Kem Syed Sirajuddin, Gemas, semalam. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI