fbpx

Piala FA: Hatrik Arif Aiman bawa JDT ke final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARIF AIMAN meledakkan hatrik membawa JDT melangkah ke final Piala FA menang bergaya 4-0 ke atas Selangor FC pada perlawanan separuh akhir di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor malam ini.-Foto RAJA JAAFAR ALI

ISKANDAR PUTERI – Penyandang juara, Johor Darul Ta’zim (JDT) menempah tiket ke perlawanan akhir Piala FA selepas mudah menjinakkan Red Giant 4-0 pada aksi separuh akhir di Stadium Sultan Ibrahim, di sini sebentar tadi.

Arif Aiman Hanapi muncul wira buat Harimau Selatan setelah jaringan hatriknya pada babak pertama sudah cukup membantu pasukan melayakkan diri ke pentas final seterusnya mempertahankan Piala FA yang dimenangi musim lalu.

JDT berjaya memecahkan kebuntuan hasil serangan balas apabila Fernando Forestieri melakukan lorongan kepada Arif Aiman yang melakukan larian pantas mengatasi pertahanan terakhir seterusnya melepaskan rembatan lerek menewaskan penjaga gol, Khairulazhan Mohd. Khalid pada minit ke-20.

JDT berjaya meledak jaringan kedua perlawanan setelah Arif Aiman yang tidak dicabar pemain pertahanan Selangor melepaskan rembatan deras dari luar kotak penalti menewaskan Khairulazhan pada minit ke-33.

Lima minit berselang, pemain kelahiran Pahang itu melengkapkan hatrik setelah berjaya melepasi perangkap offsaid dan memanfaatkan umpanan Forestieri menewaskan penjaga gol buat kali ketiga malam ini.

Pada babak kedua, ketika pasukan pelawat cuba untuk bangkit, JDT mempunyai agenda tersendiri dengan bertindak garang menambah jaringan ketika permainan baru berusia dua minit apabila Forestieri meledak gol seawal minit ke-47.

Kemenangan tersebut menyaksikan Harimau Selatan akan berentap dengan Kuala Lumpur City FC pada aksi final Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim, 22 Julai ini.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI