fbpx

Perompak ajak mangsa keluar ‘dating’ kerana terlalu cantik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perompak tersebut menyuruh mangsa menjadin rakannya di Facebook sebelum mengajaknya keluar temu janji. - Freepik

INDIANAPOLIS, INDIANA – Seorang lelaki di negeri Indiana  ditahan kerana melakukan rompakan bersenjata ke atas seorang wanita sebelum meminta mangsa menjadi rakannya di laman Facebook serta mengajaknya keluar temu janji, lapor agensi berita United Press International semalam.

Amber Beraun sedang memeriksa e-mel apabila suspek, Damien Boyce mengacukan pistol ke arahnya serta merompak wang tunai berjumlah AS$100 (RM468) milik mangsa.

Suspek kemudian menyuruh mangsa mencari namanya di Facebook dan membuat permintaan untuk menjadi rakan (friend request) sambil dilihat olehnya.

Suspek juga memberitahu mangsa bahawa dia akan membayar balik wang yang dirompak sebelum melarikan diri menggunakan sebuah basikal.

Mangsa tidak lama selepas itu menerima pesanan ringkas di Facebook daripada suspek yang mengajaknya keluar.

“Saya hanya mampu memulangkan wang anda. Saya tahu cara kita bertemu agak kasar, namun anda terlalu cantik untuk dirompak. Kita perlu bertemu, marilah berjumpa. Saya berjanji saya bukan seorang pemarah,” kata suspek dalam pesanan tersebut.

Dia ditahan Rabu lalu atas kesalahan melakukan rompakan bersenjata serta didakwa kerana memiliki pistol untuk melakukan jenayah. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI