fbpx

Pendapat peribadi tak mewakili kenyataan pemimpin utama – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (tengah) dalam sidang akhbar di Sunway Resort Hotel, di Petaling Jaya, hari ini.

PETALING JAYA – Pelbagai pendapat peribadi atau kenyataan yang dilontarkan oleh ahli-ahli Barisan Nasional (BN) sama sekali tidak mewakili pendirian kepimpinan utamanya.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya juga tidak mengalu-alukan kenyataan yang dikeluarkan oleh pimpinan parti di bawah Barisan Nasional pada situasi genting seperti sekarang.

“Sebagai pengerusi, saya merasakan pada situasi genting seperti ini tidak perlu ada isu-isu dibangkitkan kerana kenyataan-kenyataan dikeluarkan oleh pelbagai pimpinan oleh pelbagai parti tidak dialu-alukan.

“Pemimpin utama parti tidak endors kepada pendapat-pendapat peribadi seperti itu. Pada saya, janganlah melayani pendapat-pendapat individu itu kerana akan dipersepsikan bahawa kita tidak ada kebersamaan.

“Saya harap kepimpinan utama MCA, MIC, Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) akan terus mendukung Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan sama-sama kita hadapi kelak,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Perasmian Persidangan Pertubuhan Akademi Kebangsaan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI NAA) Asia Pasifik Ke-23, di Sunway Resort Hotel, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian, ketika diminta mengulas mengenai Setiausaha Agung MCA, Daniel Wa yang menyarankan agar parti itu memulau PRN di enam negeri akan datang dengan tidak meletakkan calon.

Daniel mencadangkan perkara tersebut setelah Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Adam menerusi wawancara dengan sebuah portal berita berkata, MCA dan MIC umpama ‘biawak hidup’ yang dipikul UMNO kerana tidak mampu meraih sokongan Cina dan Melayu untuk menyokong BN.

Jelas Ahmad Zahid lagi, kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan BN berada dalam keadaan tahap terbaik dalam menerajui Kerajaan Perpaduan ketika ini.

“Pada saya, tidak perlu layan pendapat individu walaupun ianya berbeza. Parti tidak endors pendapat-pendapat berbeza itu. Kita berpegang kepada kepimpinan utama tiap-tiap parti yang ada dalam BN dan parti-parti di bawah PH,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI