fbpx

Pemandu kereta terkejut kena bayar tol RM225.80

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pemandu kereta terkejut apabila mendapati bayaran tol dari Jakarta ke Bandung ialah RM225.80 baru-baru ini. - TikTok/@erlanggaleo

JAKARTA, Indonesia – Seorang pemandu kereta terkejut apabila dia dikenakan tol sebanyak 724,000 rupiah (RM225.80) ketika menggunakan sebuah lebuh raya dari Jakarta ke Bandung, lapor porta berita AYOBOGOR hari ini.

Perkara itu didedahkan menerusi akaun TikTok menggunakan nama @erlanggaleo yang mengemukakan soalan sama ada dia salah jalan ketika hendak pergi ke Bandung.

“Saya mahu ke Bandung dan kerana salah laluan, saya masuk tol. Dan ketika saya masuk ke tol Bandung keluar tol Cikampek, akhirnya Utama atau apa gitu ya. Tarif tolnya berapa? Hmm..Rp724 ribu (rupiah),” tulis pemandu tersebut.

Dia bertanya kepada pengguna TikTok adalah bayaran tol menuju ke Bandung semahal itu.

Berikutan itu, ramai netizen yang membincangkan hantaran  @erlanggaleo tentang bayaran tol tersebut yang mula disiarkan di TikTok semalam.

Seorang netizen berkata, bayaran tol dari Jakarta ke Cikampek ialah  20,000 rupiah (RM6.24). 

Ada juga netizen yang menulis bahawa sistem tol mengalami kerosakan dan meminta pemandu kereta tersebut membuat aduan kepada pihak yang mengendalikan bayaran tersebut, lapor portal berita Liputan6. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI