fbpx

Oyen ‘langgar’ hukum alam, tinggal bersama Capybara di Zoo Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video di TikTok Zoo Negara ketika Oyen diberi 'penempatan rasmi', semalam.

PETALING JAYA – Seekor kucing yang digelar Oyen kini secara rasminya diberi ‘penempatan tetap’ bersama Capybara di Zoo Negara.

Malah pihak Zoo Negara menerusi TikToknya dilihat turut menambah papan tanda ‘Oyen’, menandakan kawasan tersebut kini turut didiami oleh kucing tersebut, semalam.

Melalui pemerhatian Kosmo! di media sosial, kucing tersebut didapati mula ‘menyertai’ kumpulan Capybara itu sejak tahun 2020 lalu, malah pernah dilihat turut memakan sayur bersama haiwan tersebut.

“Nampak tua dah Oyen. Masa saya pergi Zoo tahun 2020 nampak muka budak-budak lagi tengah kunyah sayur dengan Capybara tu,” kata seorang pengguna.

“Daripada intern, terus kena serap ya. Terbaiklah Oyen,” kata Wiser My.

“Wah, dah jadi permastautin tetap nampak,” seloroh Sham8123 pula.

“Oyen, kau ni dengan Myvi sama ja,” komen Izaa13.

Dalam masa sama, ada yang berpendapat bahawa Oyen kini menjadi ‘aset’ baru Zoo Negara untuk menarik lebih ramai pengunjung.

“Salah satu tarikan pengunjung ke Zoo Negara. Pihak zoo kena jaga budak Oyen ni baik-baik,” cadang Sahidan82_Sulaiman. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI