fbpx

MOT pandang serius penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasbi ketika berucap di sidang media Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Operasi Khas Sempena Hari Raya Aidiladha, di Plaza Tol Gombak, hari ini.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melaksanakan Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Operasi Khas Hari Raya Aidiladha, bermula hari ini.

Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah, kempen dan operasi khas kali ini memfokuskan kepada kepentingan pemasangan kerusi keselamatan kanak-kanak dan juga pemakaian tali pinggang keledar.

“Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 1,252 kes kematian yang melibatkan kanak-kanak berusia 10 tahun dan kebawah dicatatkan dari tahun 2012 hingga 2021.

“Kali ini, kami berikan perhatian lebih kepada keluarga yang mempunyai kanak-kanak. Kami berharap, kempen ini dapat memberi kesedaran tentang kepentingan penggunaan kerusi keselamatan tanpa mengira jarak perjalanan,” katanya.

Tambah Hasbi, kerusi yang digunakan juga perlulah mematuhi piawaian ISO seperti yang telah ditetapkan.

“Penggunaan kerusi ini sangat penting untuk mengurangkan risiko kecederaan yang mungkin berlaku sekiranya terlibat dengan kemalangan.

“Walau bagaimanapun, kempen kali ini merupakan satu advokasi dan bukanlah paksaan. Pihak MOT masih melakukan kajian supaya ia tidak membebankan rakyat”, katanya pada sidang akhbar Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Operasi Khas Hari Raya Aidiladha, di Plaza Tol Gombak, hari ini.

Operasi Khas Hari Raya Aidiladha tersebut bakal dijalankan selama empat hari bermula 27 hingga 28 Jun dan 1 hingga 2 Julai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI