fbpx

Majoriti ibu bapa ‘doa’ anak kekal pakai baju sukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Majoriti ibu bapa ‘berdoa’ supaya kebenaran memakai baju Pendidikan Jasmani (PJ) di sekolah, dikekalkan.

Menerusi kenyataan seorang pengguna di Facebook, dia membuat satu hantaran doa berkenaan yang menerima sokongan padu orang ramai.

“Doa seorang ibu anak-anak sekolah, semoga pakai t-shirt selama-lamanya,” tulisnya di Facebook.

Ramai juga yang menyifatkan, pemakaian baju PJ memberi keselesaan untuk anak-anak dalam meneruskan pembelajaran.

“Saya pun dah bersiap nak pergi beli lagi baju t-shirt tambahan. Harap makbul permintaan ibu-ibu ni semua. Lega banyak bila tengok anak pakai pakaian yg selesa,” ujar Miza.

Tangkap layar ‘doa’ seorang ibu di laman sosial.

“Bahagianya bila tak perlu sental, tak perlu gosok #hanyaibu2yangtahu,” komen Huda pula.

Bukan itu sahaja, ada juga yang berpendapat pengekalan pelaksanaan tersebut mampu menjimatkan bil elektrik setiap bulan.

“Inisiatif yang bagus kerana mengurangkan penggunaan tenaga elektrik untuk gosok baju. Bukan sikit tu,” kata Nabilah.

Terdahulu, Kementerian Pendidikan (KPM) telah memberikan kebenaran khas kepada guru dan murid-murid untuk memakai baju PJ ekoran cuaca panas yang melanda negara ketika ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI