fbpx

Liga Super: Tewas 0-3, Kelantan United bukan saingan Sabah FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pertahanan Sabah FC, Rizal Ghazali (kanan) diasak pemain Kelantan United dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu sebentar tadi. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

KOTA BHARU – Aksi pertama di bawah kendalian ketua jurulatih baharu, Ailton Silva tidak memihak kepada Kelantan United FC (Kelantan United) apabila pasukan itu tewas 0-3 di tangan Sabah FC dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini sebentar tadi.

Sedikit kesilapan ketika merencana serangan menyebabkan Kelantan United dihukum apabila pemain tengah Sabah FC, Saddil Ramdani dapat melepasi barisan pertahanan tuan rumah dengan larian pantas sebelum melepaskan rembatan kencang untuk menggegar gawang pada minit ke-22.

Memasuki masa kecederaan, Stuart John Wilkin berjaya melepasi benteng pertahanan tuan rumah sebelum menewaskan penjaga gawang Kelantan United, Muhamad Ilham Amirullah Razali sekali gus memastikan kedudukan 2-0 buat Sabah FC sebelum bergerak ke bilik persalinan.

Ketika perlawanan memasuki minit ke-61, giliran kapten The Rhinos, Baddrol Bakhtiar menghukum Kelantan United melalui gerakan yang berjaya mengelirukan barisan pertahanan tuan rumah sebelum melepaskan rembatan kencang untuk gol ketiga pelawat.

Kekalahan tersebut menyaksikan Kelantan United terus kekal di tangga kedua tercorot manakala Sabah FC juga kekal di kedudukan kelima carta Liga Super. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI