SEREMBAN – Negeri Sembilan FC (NSFC) sekadar mengutip satu mata ketika menentang Penang FC di laman sendiri malam tadi apabila sekadar seri 1-1 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
Gol permulaan Penang FC dijaringkan oleh penyerang pasukan pada minit ke-48.
Sementera itu, NSFC mendapat jaringan pertama melalui sepakan dari luar kotak penalti dari Tommy Mawat Bada pada minit ke-89.
Perlawanan yang disaksikan 998 orang penonton itu tamat selepas tambahan masa lima minit dan menyaksi kedua-dua pasukan sekadar berkongsi satu mata.-KOSMO! ONLINE