fbpx

LBS Bina Group raih anugerah 10 Pemaju Terbaik BCI Asia 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LBS Bina Group raih anugerah 10 Pemaju Terbaik BCI Asia 2023, malam tadi.

PETALING JAYA – Pemaju perumahan terkemuka, LBS Bina Group Berhad (LBS) dinobatkan sebagai 10 Pemaju Terbaik 2023 di Anugerah BCI Asia (BCIAA), semalam.

Menurut Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Ir. Lim Hock San berkata, anugerah tersebut turut mengiktiraf pencapaian pemaju hartanah serantau yang memberi impak besar di seluruh Asia.

“Kelestarian perumahan penting bagi LBS kerana bermanfaat kepada pembeli mahupun alam sekitar kerana jejak ekologi mampu dikurangkan sekali gus memelihara sumber semula jadi.

“Tahun ini, projek yang dimenangi oleh LBS adalah Melodi Perdana terdiri dari empat blok kediaman sebanyak 1,520 unit,” katanya ketika menghadiri Majlis Makan malam gala Anugerah BCI Asia 2023, di ibu negara, malam tadi.

Jelasnya, pembangunannya itu berdasarkan teras utama LBS iaitu mampu milik, rangkaian hubungan, komuniti dan kelestarian.

“Kesemua unit ini dibina sebagai komitmen LBS untuk membantu negara memenuhi permintaan hartanah pada harga berpatutan.

“LBS teruja apabila dinobatkan antara 10 pemaju terbaik di Asia dan menerima pengiktirafan di Malaysia,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI