fbpx

Kos cecah RM100 juta baiki struktur jalan Lebuh Raya Timur Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alexander (dua dari kanan) berbincang dengan Ahmad (dua dari kiri) selepas Majlis Perasmian Pembinaan Flyover Dari Arah Kota Bharu Merentangi Bulatan Wakaf Bharu Ke Pengkalan Kubor, Tumpat hari ini. FOTO ROHANA ISMAIL/KOSMO!

TUMPAT – Kos sebanyak RM80 juta hingga RM100 juta diperlukan untuk membina semula dan membaiki struktur jalan di Lebuh Raya Timur Barat yang menghubungkan laluan dari Gerik, Perak ke Jeli dekat sini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, beliau sedia maklum mengenai keadaan jalan itu melalui satu taklimat khas baru-baru ini.

Menurutnya, kos sebanyak RM80 juta hingga RM100 juta dijangkan akan digunakan untuk membina semula laluan tersebut.

“Peruntukan sebanyak RM30 juta telah diluluskan untuk projek di laluan tersebut baru-baru ini. Buat masa ini, peruntukan itu akan digunakan untuk membina sebahagian struktur jalan di lebuh raya terbabit bermula tahun ini

“Perincian mengenai projek itu sama ada ia bermula dari Gerik atau Jeli masih belum dibincangkan lagi,” katanya kepads pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Pembinaan Flyover Dari Arah Kota Bharu Merentangi Bulatan Wakaf Bharu Ke Pengkalan Kubor di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Mumtaz Md. Nawi.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, isu keadaan jalan di Lebuh Raya Timur-Barat yang menghubungkan Gerik-Jeli menjadi antara agenda yang dibawa Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika pertemuannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Januari lalu.

Saarani berkata, beliau sendiri turun padang bersama bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof untuk melihat kerosakan teruk di beberapa lokasi sepanjang lebuh raya berkenaan pada Jun tahun lalu.

Menurutnya, meskipun kerja-kerja penurapan sudah dilakukan, ia tidak memadai kerana penggantian keseluruhan struktur jalan menelan kos yang agak tinggi iaitu kira-kira RM80 juta. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI