fbpx

Kerajaan lancar pelan peralihan tenaga, ekonomi tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tengah) melawat ruang pameran selepas merasmikan Persidangan Energy Asia 2023 di KLCC, hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang membangunkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR) dan Pelan Hala Tuju Ekonomi dan Teknologi Hidrogen (HETR) bagi menjamin sekuriti tenaga jangka panjang di Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kedua-dua pelan hala tuju tersebut disasar akan dilancarkan pada separuh kedua tahun ini.

Menurut Anwar, usaha tersebut bertujuan untuk mencapai ‘Nationally Determine Contribution’ (NDC) yang ditetapkan dalam Rancangan Malaysia ke-12 dan Dasar Tenaga Negara 2022-2040.

“Malaysia berazam untuk memainkan peranan dalam mengurangkan pelepasan dan bersedia untuk pertumbuhan ekonomi rendah karbon.

“Sebagai tanggungjawab setiap negara terhadap sasaran iklim global, kita telah menyemak semula NDC untuk kurangkan pelepasan gas rumah hijau (GCG) sebanyak 45 peratus menjelang tahun 2030.

“Justeru, untuk melaksanakan dasar ini, kerajaan sedang membangunkan lagi beberapa hala tuju strategik dan inisiatif berimpak tinggi iaitu NETR,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sebelum merasmikan Persidangan Energy Asia 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Anwar berkata, pelan NETR akan dilengkapkan dengan HETR yang akan membuka jalan dan mempercepatkan usaha peralihan tenaga yang didorong oleh inovasi teknologi.

“Malaysia juga sedari kepentingan mengurus pelepasan metana dan kita komited untuk mengurangkan pelepasan gas tersebut sebanyak 30 peratus menjelang tahun 2030.

“Sebagai pengeluar gas asli dan gas asli cecair (LNG), hidrogen mewakili langkah seterusnya yang menawarkan peluang dan potensi untuk pertumbuhan ekonomi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI