fbpx

Jentera bomba terbalik di Cheneh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah jentera bomba terbalik selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Jerangau - Jabor berhampiran Cheneh, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Sepasukan anggota bomba cemas selepas jentera dinaiki mereka terbalik selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Cheneh di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 1.10 tengah hari itu, lima anggota bomba terbabit dalam perjalanan pulang ke Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh di sini.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Azman Alias berkata, sebelum kejadian, mereka melakukan pemeriksaan rutin di Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Kubu, Kijal di sini.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, jentera dinaiki mereka tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas sebelum terbalik di lereng bukit berhampiran.

“Syukur semua anggota bomba terlibat terselamat tanpa sebarang kecederaan. Punca sebenar kemalangan tersebut masih dalam siasatan ,” katanya kepada Kosmo! di lokasi kejadian hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI