fbpx

Insiden letupan bom: Jangan guris perasaan keluarga dengan spekulasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Hasan.

SEREMBAN – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hassan menasihatkan semua pihak untuk tidak menimbulkan sebarang spekulasi berhubung insiden bom lempar yang mengorbankan dua anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sehingga mengguris perasaan keluarga.

Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, kejadian berkenaan akan diteliti sebaiknya oleh Lembaga Penyiasatan yang ditubuhkan TUDM terdiri daripada beberapa pakar yang mengkhusus kepada pengendalian bahan letupan.

Menurut beliau, biarlah perkara itu disiasat oleh pihak sepatutnya dan hasil siasatan akan dimaklumkan kepada pihak keluarga kerana mereka pasti ingin mengetahui punca insiden berkenaan.

“Saya minta supaya orang ramai jangan sampai melakukan spekulasi yang mengguris hati keluarga, mengguris hati orang yang terlibat. Tiada siapa yang nak perkara ini berlaku.

“Siasatan akan dilakukan segera dengan kita memilih panel penyiasat yang terlatih terutamanya dalam bidang letupan kerana penyiasat mesti orang yang pakar dalam pengendalian bahan letupan untuk kita kenal pasti punca kemalangan berlaku,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Istiadat Pengebumian di Tanah Perkuburan Kampung Rawa, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad ketika diminta mengulas mengenai prosedur operasi standard (SOP) semasa latihan pengendalian senjata dan bahan letupan menegaskan SOP sedia ada sememangnya sudah diperakui ketat dan disediakan oleh pakar pengendali letupan.

“SOP memang ada, tapi menggunakan senjata hidup ini terutama bom, memang SOP sedia ada ketat. Jurulatih memang terlatih, memang setiap pelatih tersebut akan diiiringi dengan jurulatih yang kerja dia adalah melatih pelatih mengedalikan bahan bahan letupan seperti ini.

“Kadang-kadang berlaku di luar bunker, ini di dalam bunker (kejadian semalam)… Jadi siasatan mesti dilakukan dengan teliti sama ada perlanggaran SOP atau pun macam macam boleh berlaku,” katanya.

Jelas beliau lagi, Jawatankuasa Lembaga Penyiasatan akan melakukan Penyiasatan dengan teliti.

“Kita akan tengok di tempat kejadian, Panglima Tentera Udara (Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan) pun dah pergi ke tempat kejadian pagi tadi. Alhamdulilah, ada saksi yang boleh beri keterangan, saksi yang ada merupakan seorang pakar pengendalian bahan letupan juga,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI