fbpx

Import ayam jika harga ayam segar tempatan naik mendadak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad melakukan lawatan kerja ke Malaysian NPK Fertilizer Sdn. Bhd. di Gurun, hari ini. Foto SHAHIR NOORDIN/KOSMO!

GURUN – Kerajaan akan terus menggunakan langkah mengimport ayam bulat dari negara luar sebagai stok penimbal setiap kali berlaku kenaikan mendadak harga ayam segar di pasaran tempatan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, langkah membawa masuk dan menambah jumlah import bahan itu perlu bagi mengimbangi harga seterusnya memastikan pengguna mendapat bekalan pada harga berpatutan.

“Kalau kata kita nak mengimbangi harga, sebab memanglah penternak dia nak harga yang paling tinggi untuk dijual, manakala pengguna pula nak harga paling murah.

“Bagi memastikan bekalan ayam itu cukup dan harganya tidak naik melambung, caranya ialah kita menampung dengan mengimport ayam dari luar,” katanya pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan kerja ke Malaysian NPK Fertilizer Sdn. Bhd. di sini hari ini.

Katanya, negara juga berupaya mengeksport bahan itu ke luar terutama membabitkan pemodal luar yang buka ladang ternakan ayam di sini.

“Sebarang keputusan mengimport atau tambah import ayam sebagai stok penimbal itu adalah bergantung kepada keperluan dari semasa ke semasa,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI