fbpx

Hilang empat hari, ‘Tok’ minta Naufal ajar mengaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD NAUFAL ADZIMI ketika menunaikan solat zuhur di atas katil di Hospital Gerik semalam.

IPOH – Pelajar tahfiz yang hilang selama empat hari di sebuah kebun getah di Kampung Tanjung Sejarah, Kampung Tawai di sini mendakwa diminta mengajar mengaji oleh seorang ‘tok’ di satu kawasan semasa kehilangannya.

Menurut bapanya, Mohd. Harris Muhamed, 46, perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh mereka yang arif dengan selok-belok perihal mistik yang turut memberitahunya, perkara itu diakui sendiri oleh anaknya, Muhammad Naufal Adzimi Mohd. Harris, 17.

“Individu yang mahir dengan perkara-perkara mistik membe­ritahu saya bahawa mereka berjaya berinteraksi dengan anak (Muhammad Naufal) ketika kehilangannya.

“Mereka memberitahu, Naufal memaklumkan kepada mereka ada ‘tok’ memintanya mengajar dia dan kanak-kanak di alam lain mengaji,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Muhammad Naufal Adzimi dilaporkan hilang pada Rabu lalu dan usaha mencarinya telah dilaksanakan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dengan bantuan Unit K9 Bomba, namun dia gagal ditemui.

Bagaimanapun, remaja ber­kenaan ditemui kelmarin pada pukul 10.58 pagi berhampiran sebuah paya yang telah pun dilakukan pencarian oleh pasukan SAR di lokasi tersebut sebelum itu.

Muhammad Naufal Adzimi merupakan seorang pelajar maahad tahfiz yang telah berjaya menghafal 30 juzuk al-Quran ketika usianya 14 tahun.

Pada masa sama, Mohd. Harris berkata, anaknya memaklumkan ada mendengar suara SAR, namun gagal melihat mereka.

“Anak memberitahu saya bahawa dia tidak sedar telah berada di kebun getah itu selama empat hari. Dia kata duduk di sana sehari sahaja walaupun kita di sini telah mencarinya selama empat hari.

“Dia maklumkan tak sedar di mana dia berada. Pada masa sama, dia menyatakan ada mendengar suara pasukan SAR serta individu dikenali selain nampak cahaya-cahaya, namun tak nampak orang,” katanya.

Menurutnya, dia tidak berta­nyakan lebih lanjut perkara itu kepada anaknya memandangkan telah dinasihati oleh ustaz agar tidak berbuat demikian.

Tambahnya, anaknya itu meminum air paya sepanjang empat hari kehilangannya di kebun getah berkenaan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI