fbpx

Hasrat Koperal Udara Mohd. Syuib balik sambut Aidiladha tidak kesampaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORAZIAH menunjukkan gambar adiknya, Mohd. Syuib yang terkorban dalam kejadian letupan bom lempar sewaktu sesi latihan di Kem Syed Sirajudin, Gemas, Negeri Sembilan, semalam.

SEGAMAT – Keterujaan salah seorang jurulatih Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk pulang ke kampung halaman menyambut hari raya Aidiladha tidak kesampaian apabila dia terkorban ketika Latihan Menembak Senjata Bantuan dan Bom Lempar, di Kem Syed Sirajudin, Gemas, Negeri Sembilan, dekat sini semalam.

Menurut kakak mangsa, Noraziah Bidin, 42, adiknya, Koperal Udara (U) Mohd. Syuib Bidin, 33, memaklumkan sudah mengemas pakaian sejak beberapa hari lalu untuk sama-sama pulang ke kampung di Sik, Kedah bagi meraikan Aidiladha pada Khamis nanti.

“Mohd. Syuib ada menghubungi saya beberapa hari lepas, dia cakap nak gerak balik kampung sekali, dia ada maklum sudah kemas pakaian dan barang-barang.

“Tetapi hasrat dia nak balik beraya bersama keluarga di Sik, Kedah tak sempat, Allah lebih menyayanginya. Waktu dia telefon, saya tidak tahu apa-apa sebab adik saya beritahu dia (Mohd Shuib) sudah kena bom. Itu sahaja.

“Selepas itu saya tidak tahu apa-apa. Bila sudah dekat maghrib, baru tahu adik saya sudah meninggal dunia,”katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Segamat di sini hari ini.

Mohd. Syuib antara dua anggota TUDM yang maut ketika menjalani Latihan Menembak Senjata Bantuan dan Bom Lempar kira-kira pukul 12 tengah hari.

Mohd. Syuib yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan pada pukul 6 petang manakala penuntut Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR), Pangkalan
Udara Sendayan, Laskar Udara I Mohd Iqmal Masdi, 22, telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang lagi mangsa yang juga jurulatih, Koperal Udara Khairuzaman Lokman, 35, berasal dari
Kluang kini menerima rawatan di Hospital Segamat, Johor di dalam pemantauan rapi dan dilaporkan stabil.

Dalam pada itu, Noraziah berkata, arwah Mohd. Syuib meninggalkan seorang balu berusia 30an dan dua anak masing-masing berusia tiga dan satu tahun.

Jelasnya, kali terakhir dia berjumpa adiknya itu beberapa bulan lalu memandangkan adiknya sememangnya sibuk dengan tugasan dan latihan.

“Namun saya sering mengambil tahu mengenai perkembangan terkininya dan keluarganya melalui telefon.

“Saya berasa sedih dan terkilan kerana tidak sempat menyambut Aidiladha bersama arwah. Namun saya dan seluruh ahli keluarga redha dengan pemergiannya,”katanya.

Jenazah Allahyarham Mohd Syuib dibawa ke surau Hospital Segamat kira-kira pukul 8 pagi semalam untuk dimandi dan dikafankan sebelum disolatkan sebelum diterbangkan menaiki helikopter TUDM ke Kemaman, Terengganu untuk dikebumikan di kampung halamannya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI