fbpx

EPL: Sheikh Jassim bakal pecat tiga individu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARNOLD dianggap seorang yang cukup rapat dengan keluarga Glazer menyebabkan Sheikh Jassim bersedia menyingkirkannya. – AFP

MANCHESTER – Prospek pemilik baharu Manchester United, Sheikh Jassim bin Hamad Al Thani mungkin akan memecat tiga individu penting kelab itu sekiranya berjaya dalam proses pengambilalihan berkenaan.

Bidaan kelima yang dikemukakan oleh bilionair Qatar itu menyaksikan beliau dilaporkan sedang mendahului persaingan untuk mendapatkan pemilikan kelab berkenaan berbanding pencabar utamanya, Sir Jim Ratcliffe.

Biarpun tidak menonjolkan diri sepanjang perebutan ber­kenaan, Sheikh Jassim dilaporkan sedia menggantikan ketiga-tiga posisi individu berkenaan yang dianggap cukup berpe­ngaruh di Old Trafford dan menamakan orang kepercayaannya untuk mengambil alih tugas.

Individu pertama yang bakal berdepan pemecatan berkenaan adalah Naib Pengerusi Eksekutif United, Richard Arnold yang mengambil alih tanggungjawab daripada Ed Woodward pada Februari 2022.

Biarpun beliau dilihat sebagai orang penting membantu pe­ngurus, Erik Ten Hag membina semula pasukan itu musim lalu, Arnold mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga Glazer menyebabkan beliau perlu me­ninggalkan United.

Selain itu, pengarah bola sepak, John Murtogh dijangka menerima nasib yang sama selepas dua tahun dilantik kerana belum berjaya mendapatkan Mason Mount biarpun sudah berjaya membawa masuk Casemiro, Lisandro Martinez dan Antony.

Terakhir adalah Darren Fletcher yang bertindak sebagai jurucakap antara kelab dan pe­minat, namun mungkin juga beliau akan diberikan tugas lain sebaik rejim Sheikh Jassim mengambil alih. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI