fbpx

Dibaling telefon bimbit, Bebe Rexha tak serik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEBE REXHA

PENYANYI Bebe Rexha tidak serik untuk kembali membuat persembahan pentas biarpun selepas insiden dibaling dengan telefon bimbit oleh seorang penonton baru-baru ini.

Ujar Rexha, tragedi yang menimpanya beberapa minggu lalu itu tidak sesekali membuatkan dirinya berasa trauma, walaupun mengalami kecederaan ringan pada mukanya.

“Tragedi itu menyebabkan saya menerima tiga jahitan pada bahagian kening. Namun, saya tidak akan serik untuk membuat persembahan di atas pentas selepas ini.

“Bagaimanapun, saya akan meningkatkan kawalan keselamatan supaya kejadian sama tidak berulang,” katanya.

Ketika membuat persembahan di New York, Amerika Syarikat beberapa minggu lalu, pelantun lagu Back To You itu dilempar dengan sebuah telefon bimbit oleh seorang penonton dan terkena tepat pada mukanya.

Rexha yang terduduk sambil mengerang kesakitan itu kemudiannya telah dibawa keluar oleh petugas keselamatan dan menerima tiga jahitan pada bahagian keningnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI