GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Chow Kon Yeow akan bertemu dengan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak esok bagi mendapatkan persetujuan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.
Kon Yeow berkata, pertemuan dengan Ahmad Fuzi telah dijadualkan pada pukul 8 pagi esok.
”Semasa pertemuan pagi esok, saya akan memaklumkan kepada Yang Dipertua Negeri mengenai pembubaran DUN Pulau Pinang dan mendapatkan persetujuan beliau.
“Selepas itu, saya akan mengadakan sidang media pada 2.30 petang untuk mengumumkan pembubaran itu, sidang media ini juga akan dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dijemput,” katanya dalam sidang akhbar di pejabat Ketua Menteri di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE