fbpx

Bina rumah mewah depan kubur kerana mahu ingat mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rumah milik Agus masih dalam proses pembinaan dan sudah 50 peratus siap. – Detik Jabar

JAKARTA – Sebuah rumah mewah berharga  5 bilion rupiah (RM1.5 juta) di Kuningan, wilayah Jawa Barat menjadi perhatian ramai kerana dibina di hadapan sebuah tanah perkuburan, lapor laman berita Detik hari ini.

Banglo yang sudah 50 peratus siap itu dimiliki oleh seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Agus.

Menurut Agus, dia sengaja membina rumah di hadapan kubur kerana mahu mengingatkan diri sendiri serta tetamu yang berkunjung mengenai mati yang pasti akan dialami oleh setiap makhluk bernyawa.

“Tujuan saya memilih lokasi ini (kubur) adalah untuk mengingatkan kepada kematian. Walau semewah mana pun kita, pada akhirnya, kita pasti akan kembali ke sana,” ujarnya.

Tambah Agus, dia memandang kemewahan dunia sebagai perkara biasa kerana walau sekaya mana pun seseorang, hartanya tidak boleh dibawa ke liang lahad.

“Ketika mati, jasad kita akan diangkat menggunakan keranda, dan bukannya kereta berharga ratusan juta rupiah,” katanya.

Tambah Agus, dia menyedari rumahnya itu sering menjadi perhatian ramai kebelakangan ini apabila banyak pencipta kandungan serta kru stesen televisyen pergi ke situ untuk merakam video kediamannya.

Meskipun terkejut pada awalnya, dia tidak menganggap perkara itu sebagai sesuatu yang luar biasa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI