fbpx

Bina identiti baharu, elak dibelenggu trauma lampau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Individu yang sedang berjuang melawan rasa trauma yang membelenggu kehidupan mereka disarankan mengamalkan lapan langkah sebagai usaha mengatasi masalah tersebut.

Pakar Psikatri, Dr. Rozanizam Zakaria menerusi satu perkongsian khas di Facebook semalam berkata, kebanyakkan isu psikologi dewasa ialah manifestasi kompleks trauma yang dialami dalam hidup sebelum ini.

“Sama ada dalam bentuk fizikal, seksual atau emosi. Kompleks – sebab biasanya berlaku secara berulang, beri kesan ‘multi-dimensional’ pada individu.

“Untuk pulih, bukan mudah, tetapi bukan mustahil. Sebahagian perlu bantuan profesional. Apapun cara untuk pulih, anda perlu tahu ‘roadmap’ atau apa nak capai untuk ‘rebuild’ kehidupan,” katanya.

Menurut Dr. Rozanizam, langkah pertama adalah membina semula ‘sense of safety’ dan ini merupakan langkah asas.

Selain itu, individu terlibat perlu belajar menguruskan emosi dengan baik kerana ia berkait kepada masalah trauma yang dihadapi.

“Ketiga, bina perhubungan baharu yang lebih positif atau mempunyai sistem sokongan yang baik. Mereka juga perlu bina kekuatan dalaman serta kenal pastu kekuatan yang anda miliki dan perkasakan kekuatan tersebut.

“Jadikan peristiwa masa lalu sebagai sesuatu yang berguna, ini antara yang paling susah, tapi paling kritikal.

“‘Making sense’ maksudnya cari makna baru, letakkan sejarah lampau pada posisi yang betul, jangan bagi dia halang masa depan anda serta bina identiti anda yang baru, jangan definisikan hidup anda berdasarkan pengalaman lampau,” jelasnya.

Tambahnya, langkah terakhir individu terlibat disarankan membina kembali masa depan yang lebih baik dari sebelumnya.

“Jadi, jika anda tak tahu di mana nak bermula, ini ‘roadmap’ yang anda perlu garap. Duduk dan mula berfikir, dimana anda, dan apa langkah seterusnya. Tak mudah, tetapi tak mustahil,” pesannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI