fbpx

Bekalan ternakan bagi Raya Aidiladha mencukupi – JPV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) menjangkakan bekalan lembu dan kerbau tempatan bagi penyembelihan sempena Hari Raya Aidiladha adalah mencukupi dan memenuhi keperluan.

JPV dalam kenyataan di sini barkata, mengikut statistik pihaknya, stok bekalan lembu dan kerbau tempatan serta import sehingga Mei lepas berjumlah 39,857 ekor bagi tujuan korban.

Katanya, manakala bagi kambing dan bebiri tempatan serta import sebanyak 29,988 ekor direkodkan bagi tempoh yang sama.

“Setelah mengambil kira keperluan masjid, surau dan penyembelihan luar, dianggarkan permintaan lembu dan kerbau sebanyak 38,404 ekor manakala kambing dan bebiri 20,420 ekor.

“Berdasarkan anggaran bekalan ternakan daripada JPV, iaitu 39,857 ekor lembu dan kerbau manakala kambing dan bebiri (29,988 ekor) adalah dijangka mencukupi tampung permintaan sembelihan korban pada tahun ini sebanyak 38,404 ekor lembu dan kerbau serta kambing dan bebiri (20,420 ekor),” katanya hari ini.

Tambahnya, sebanyak 27 buah rumah sembelihan ruminan milik JPV di seluruh Semenanjung Malaysia sentiasa bersedia untuk beroperasi.

“Di samping itu, JPV telah mengeluarkan lesen kepada 38 buah rumah sembelihan swasta di Semenanjung Malaysia yang boleh memberi perkhidmatan penyembelihan bagi tujuan korban,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI