KUALA TERENGGANU – Maritim Malaysia (APMM) berjaya menahan sebuah lagi bot nelayan Vietnam yang disyaki mencerobohi perairan negara kelmarin.
Lapan kru bot nelayan asing itu ditahan sewaktu sedang leka menangkap ikan secara haram di perairan berkenaan pada pukul 2.40 petang.
Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Khairul Anuar Abd.
Majid berkata, mereka ditangkap pada kedudukan 60 batu nautika dari muara Pulau Redang, Kuala Nerus.
“Pemeriksaan mendapati bot nelayan asing itu tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di perairan negara oleh Jabatan Perikanan.
“Lapan nelayan berusia dalam lingkungan 23 hingga 55 tahun juga gagal mengemukakan dokumen pengenalan dan penjalanan serta permit kerja yang sah,” katanya di sini hari ini.
Khairul Anuar berkata, bot, peralatan menangkap ikan, hasil laut dan minyak diesel bernilai keseluruhan RM1.5 juta telah disita.
Beliau berkata, siasatan dilakukan mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1963. – KOSMO! ONLINE.