fbpx

Ahmad Samsuri menghadap Sultan Mizan mohon bubar DUN Terengganu esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Samsuri Mokhtar

KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dijadual menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bagi memohon perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada esok.

Katanya, beliau diperkenan menghadap Sultan Mizan bagi tujuan itu di Istana Syarqiyyah di sini pada pukul 9 pagi.

“Saya sudah dapat perkenan untuk menghadap Tuanku (Sultan Mizan) pada pukul 9 pagi esok.

“Sebaik disembah maklum dan mendapat perkenan baginda, saya akan umum tarikh pembubaran DUN Terengganu,” katanya di sini hari ini.

Terengganu merupakan salah satu daripada enam negeri lain yang akan melaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Dua negeri iaitu Kelantan dan Selangor sudah membubarkan DUN masing-masing pada 22 Jun dan 23 Jun lalu manakala Pulau Pinang dan Kedah pada lusa serta Negeri Sembilan (Jumaat).

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Pas berjaya merampas kerajaan negeri selepas menguasai 22 kerusi DUN berbanding Barisan Nasional (BN) cuma 10 kerusi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI