fbpx

4.5 juta pekerja hilang pekerjaan 2030 jika tidak dilatih semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sivakumar (tengah) sedang meninjau salah satu makmal di pusat pembangunan sumber manusia Selangor.

SHAH ALAM – Seramai 4.5 juta orang pekerja di negara ini kemungkinan hilang pekerjaan menjelang 2030 sekiranya tiada latihan semula kemahiran susulan peningkatan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, wujud keperluan mendesak untuk mengubah tenaga kerja negara supaya menjadi tenaga kerja yang lebih mahir untuk kekal relevan dalam Revolusi Perindustrian 4.0.

Katanya, berdasarkan Forum Ekonomi Dunia tahun 2020 juga telah memberi amaran bahawa AI boleh menyebabkan berlaku kemelesetan pasaran pekerjaan dengan sebanyak 85 juta pekerjaan digantikan oleh robot menjelang 2025.

“Dalam laporan sama, turut menyatakan bahawa, untuk mengekalkan pekerjaan dalam tempoh dua tahun akan datang,
50% pekerja perlu untuk dilatih semula.

“Pekerja yang tidak mengikuti perubahan ini akan berisiko kehilangan pekerjaan,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran dan Apresiasi Industry Driven Talent Acceleration Programme (ID-TAP) 2023 di Pusat Pembangunan Sumber Manusia Selangor, di sini hari ini.

ID-TAP itu adalah kerjasama Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dengan kerjasama Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp).

Sivakumar menjelaskan program tersebut akan meningkatkan kemahiran dan melatih semula 900 pekerja dalam negara berdasarkan keperluan industri.

Sehubungan itu, kata beliau, sebanyak RM7.2juta diperuntukkan bagi mendedahkan dan melengkapkan peserta dengan kecekapan diperlukan industri seperti mekatronik, kejuruteraan elektrik dan elektronik serta analisis data.

“Setakat ini, kita telah memberikan kelulusan kepada 627 peserta mengikuti latihan itu dengan paling tinggi adalah dari Kedah sebanyak 177 orang, Selangor (88) dan Negeri Sembilan (75).

“Selain itu, kita juga harus menggalakkan pelajar memilih program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) selain menyeru para majikan memberikan kerjasama dalam meningkatkan kemahiran pekerja mereka,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI