fbpx

Wanita bunuh 2 anak ketika bayi kerana kesempitan hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah Daerah Suwon mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang ibu muda yang mengaku membunuh dua bayinya atas alasan dia mungkin melarikan diri pada Jumaat lalu. - Post English

SEOUL – Seorang ibu muda yang dituduh membunuh dua bayinya yang baru dilahirkan sebelum menyimpan mayat mereka di dalam peti sejuk, diberkas Jumaat lalu selepas mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya, lapor lakhbar The Korean Times.

Mahkamah Daerah Suwon mengeluarkan waran tangkap itu dengan alasan suspek mungkin akan melarikan diri.

Ibu berusia 30-an itu didakwa membunuh dua bayinya yang berjantina lelaki dan perempuan selepas kelahiran mereka pada 2018 serta 2019.

Dia kemudian menyimpan mayat kedua-dua bayi itu di dalam peti sejuk di rumahnya di Suwon, 30 kilometer di selatan Seoul.

Selepas ditahan, suspek memberitahu polis bahawa dia mencekik kedua-dua mangsa kerana menghadapi masalah kewangan semasa membesarkan tiga orang anak.

Dia juga mengaku berbohong kepada suaminya dengan menyatakan kandungannya telah digugurkan. Si suami memberitahu polis bahawa dia percaya apa yang dikatakan suspek.

Polis melancarkan siasatan awal bulan ini selepas menerima laporan daripada kerajaan bandar Suwon mengenai bayi-bayi itu yang tidak mempunyai pendaftaran kelahiran walaupun mempunyai rekod kelahiran. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI