KUALA LUMPUR – Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menepati ramalan apabila muncul juara pada Kejohanan Badminton Terbuka Taiwan yang berlangsung di Tian-Mu Arena, Universeity of Taipei.
Pada perlawanan akhir yang berlangsung sebentar tadi, beregu yang terkenal dengan julukan ‘gangster duo‘ itu mengenepikan cabaran wakil tuan rumah, Chiu Hsiang Chieh-Lin Xiao Min 21-12, 21-8.
Hasil kemenangan tersebut, Tang Jie-Ee Wei membawa pulang hadiah wang tunai AS$16,590 (RM77,583) serta pingat, manakala Hsiang Chieh-Xiao Min berpuas hati dengan AS$7,980 (RM37,318). – KOSMO! ONLINE