Lagu ahli kumpulan BTS, Kim Taehyung berjudul Christmas Tree telah menjadi runut bunyi original (OST) Korea terpantas melepasi 300 juta penstriman dalam Spotify.
Menariknya, lagu itu merupakan lagu OST keduanya selepas Sweet Night yang juga menjadi siulan ramai.
Sementara itu, pengarah muzik dan juga pencipta lagu tersebut, Nam Hye Seung menyifatkan Taehyung sebagai penyanyi yang mempunyai daya tarikan tersendiri.
“Suara Taehyung mempunyai daya tarikan yang berbeza dalam julat suara rendah, tinggi dan pertengahan. Jadi, ianya menyeronokkan dan mencabar untuk mencipta lagu itu supaya sesuai dengan vokal Taehyung,” katanya.
Lagu tersebut menjadi OST Korea pertama yang mendaki carta popular Amerika Syarikat, Billboard Hot 100.
Pencapaian itu mengukuhkan statusnya sebagai ‘Raja OST’ di Korea Selatan.