fbpx

Speedy Tigers bangkit tiga saat terakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD negara membuat pertukaran pemain pada aksi ketiga menentang Korea Selatan yang berkesudahan seri 2-2 sebentar tadi. - MHC

PETALING JAYA – Jaringan penalti stroke daripada tonggak pertahanan berpengalaman, Muhammad Razie Abd. Rahim membolehkan skuad negara bangkit mengikat Korea Selatan 2-2 pada aksi ketiga siri jelajah negara itu sebentar itu.

Begitupun, keputusan perlawanan di Pusat Latihan Nasional Jincheong itu menyaksikan Speedy Tigers masih gagal menang ke atas pasukan ranking kesembilan dunia tersebut selepas seri dan tewas dalam dua aksi terdahulu.

Namun, ketua jurulatih skuad negara, A. Arul Selvaraj mempunyai pandangan berbeza apabila gembira melihat persembahan bertenaga ditampilkan anak-anak buahny biarpun mengakui masih ada kelemahan perlu ditingkatkan.

“Walaupun ketinggalan 1-2 tetapi kita dapat menyamakan kedudukan tiga saat sebelum perlawanan berakhir. Kita dapat penalti stroke yang disempurnakan dengan baik untuk mengikat kedudukan 2-2.

“Keseluruhan pemain menunjukkan kawalan permainan yang baik. Mereka sabar dan tenang mengawal bola, cumanya kita perlu perbaiki aspek apabila berada dalam circle pihak lawan.

“Kita banyak hilang peluang untuk menjaringkan gol. Kita akan teruskan berusaha meningkatkan aspek ini,” katanya menerusi perkongsian video daripada Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) selepas tamat perlawanan sebentar tadi.

BARISAN pemain mendengar arahan daripada Arul sewaktu aksi persahabatan ketiga menentang Korea Selatan sebentar tadi. – MHC

Malaysia di ranking ke-10 dunia terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi gol padang daripada Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal pada minit ke-27.

Bagaimanapun, Korea Selatan bangkit meledak dua gol dalam tempoh tiga minit hasil jaringan padang dan pukulan sudut penalti pada minit ke-31 serta 34.

Ia adalah kali ketiga berturut-turut skuad negara bolos dua gol dalam tempoh yang singkat selepas situasi sama berlaku sewaktu perlawanan pertama dan kedua sebelum ini.

Mujur skuad negara memperoleh penalti stroke yang disempurnakan dengan baik oleh Razie pada minit ke-60 untuk meraih keputusan seri dalam perlawanan itu.

Kini, skuad negara tiada pilihan selain mencatat kemenangan pada aksi persahabatan terakir menentang Korea Selatan pada Selasa ini sebelum pulang ke tanah air. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI