fbpx

Rumah sewa terbakar, lelaki melecur ketika selamatkan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa yang melecur selepas berjaya menyelamatkan diri dalam kebakaran di Kapar, awal pagi tadi.

KLANG – Dua lelaki terselamat dengan seorang daripadanya melecur ketika menyelamatkan diri dalam kebakaran melibatkan rumah sewa mereka di Jalan Rebung Bukit Kapar, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Muhammadul Ehsan Mohd. Zain berkata, seramai 20 anggota termasuk pegawai dari tiga buah Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar, Sungai Pinang dan Kota Raja bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.21 pagi.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah sewa yang mempunyai lima pintu kesemuanya. Semasa kejadian, dua lelaki berjaya menyelamatkan diri dengan seorang daripadanya melecur pada tahap 45 peratus,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau menjelaskan, mangsa yang melecur kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk tindakan selanjutnya.

Tambah Muhammadul Ehsan, kebakaran berjaya dipadamkan kira-kira pukul 5.46 pagi dengan punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI