fbpx

Ramai bantah persembahan Jocelyn Chia di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster yang dikongsikan di Intagram milik Chrissie baru-baru ini.

PETALING JAYA – Perancangan pelawak kontroversi, Jocelyn Chia dan rakannya yang juga pelawak komediri, Chrissie Mayr untuk membuat satu persembahan khas ‘Apology Tour’ di ibu negara pada Ogos ini mendapat bantahan hebat daripada orang ramai.

Mereka meminta kerajaan dan pihak berkuasa bertegas dalam isu ini memandangkan rakyat Malaysia masih lagi terasa dengan tindakan Jocelyn menjadikan tragedi kehilangan pesawat MH370 sebagai bahan jenakanya dalam satu persembahan di Amerika Syarikat.

Kemudian, Chrissie pula dilihat menyokong perbuatan Jocelyn itu sehingga mengeruhkan lagi keadaan selain dia turut didakwa menghina ‘rakyat’ Malaysia di media sosialnya.

Dalam pada itu, selepas pengumuman program tersebut dibuat di Instagram milik Chrissie, rata-rata rakyat Malaysia menyerang ruangan komen media sosial pelawak terbabit dan meminta dia membatalkan cadangan penganjuran ‘Apology Tour’ berkenaan.

“Kami tak perlukan permohonan maaf kamu. Maaf kamu adalah murah. Kami ada maruah dan kami sangat bangga jadi rakyat Malaysia,” kata @Nailss.

“Kerajaan ambil serius. Tolong sekat. Jangan bagi dua perempuan ni malukan Malaysia lagi. Sudah mengata Malaysia, ada hati nak datang Malaysia, dasar terencat tak tahu malu,” kata seorang pengguna.

“Sengaja nak ambil untung, buat duit dari kemarahan rakyat Malaysia. Kami dah benci sekali, memang kami tak sudi nak hadap. Kalau nak minta maaf, boleh sahaja buat video, ini kalau kau nak datang Malaysia, siap jual tiket, takut kau balik negara asal tak hidup dah,” tegas pengguna yang lain.

Bagaimanapun, tinjauan Kosmo! mendapati lokasi penganjuran acara tersebut telah ditutup.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI