fbpx

Rakyat AS percaya boleh beli rumah jika kahwini orang kaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramai rakyat AS berpendapat perlu memenangi hadiah wang loteri yang besar dan menggunakannya untuk membeli rumah di negara itu. - Getty Images

LOS ANGELES, California – Satu kajian mendapati bahawa satu daripada empat rakyat Amerika Syarikat (AS) percaya mereka hanya boleh membeli rumah sekiranya mewarisi kekayaan daripada seseorang, lapor akhbar New York Post semalam.

Tinjauan oleh laman OnePoll bagi pihak syarikat pemaju, Divvy Homes itu turut mendapati satu daripada setiap lima orang (19 peratus) berkata mereka perlu berkahwin dengan orang kaya untuk membeli rumah.

Tinjauan dilakukan terhadap 2,000 bukan pemilik rumah itu turut mendedahkan 53 peratus daripada mereka yakin dapat membeli rumah walau dalam apa jua cara pada suatu hari nanti.

Selain itu, 40 peratus lagi  berpendapat mendapat hadiah utama loteri adalah peluang terbaik bagi membeli rumah.

Secara keseluruhannya, rata-rata rakyat AS berpendapat mereka akan mengambil masa antara tiga dan empat tahun untuk membeli rumah dan satu pertiga lagi percaya ia akan mengambil masa selama lima tahun atau lebih.

Responden-responden berpendapat mereka perlu mempunyai purata AS$76,000 (RM355,414) setahun untuk membeli rumah permulaan dan memerlukan sekurang-kurangnya AS$45,000 (RM210,386) untuk membayar wang pendahuluan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI