fbpx

Projek Hospital Pasir Gudang dijangka siap lebih awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIAN SOON (tengah) melakukan penyerahan perkakasan bukan perubatan kepada Wad Bunga Raya di HSA, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Projek pembinaan Hospital Pasir Gudang, di sini dijangka akan disiapkan sepenuhnya lebih awal daripada yang dijadualkan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon berkata, kemajuan projek pembinaan hospital di lapangan setakat 15 Mei lalu menunjukkan berada pada tahap 40.47 peratus.

Katanya, ia melangkaui jangkaan asal projek tersebut iaitu pada kadar 27.96 peratus untuk tarikh yang sama.

“Kita lihat pembinaan Hospital Pasir Gudang mampu disiapkan dua bulan lebih awal daripada jangkaan kita iaitu pada hujung tahun 2024.

“Lebih baik jika ia dapat disiapkan lebih awal dan Kita mempunyai masa untuk melengkapkan peralatan di hospital tersebut untuk beroperasi sepenuhnya pada 2025,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Perkakasan bukan perubatan di wad Bunga Raya di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini hari ini.

Sumbangan yang disampaikan oleh persatuan Buddha’s Light International Association kepada HSA berupa 300 meja pesakit dan lokar yang dianggarkan berjumlah RM300,000.

Tian Soon berkata, dengan adanya Hospital Pasir Gudang, ia dapat memberikan kemudahan perubatan kepada penduduk di kawasan sekitar dan mengurangkan kebergantungan kepada HSA dan Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI