fbpx

Plat kenderaan ‘isteri Perdana Menteri’ bukan permintaan Wan Azizah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan dinaiki isteri Perdana Menteri ketika di Kota Kinabalu baru-baru ini.

PETALING JAYA – Sebuah gambar tular memaparkan kenderaan dengan nombor pendaftaran ‘Isteri YAB Perdana Menteri’ merupakan amalan biasa Kerajaan Negeri Sabah, bukannya permintaan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong berkata, kerajaan negeri sudah lama menyediakan kenderaan itu kepada tetamu kenamaan (VIP) semasa lawatan kerja atau rasmi ke Sabah.

“Saya mengambil perhatian bahawa pada hari ini gambar plat kenderaan isteri Perdana Menteri yang diambil di sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu telah tular di media sosial.

“Adalah menjadi amalan kerajaan negeri Sabah bertanggungjawab menyediakan kemudahan kenderaan bagi Perdana Menteri dan isteri, Timbalan-timbalan Perdana Menteri dan isteri serta yang melibatkan kehadiran tetamu-tetamu VIP ke Sabah semasa lawatan kerja dan lawatan rasmi, ” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Safar berkata, kemudahan kenderaan yang disediakan termasuklah meletakkan plat kenderaan atas nama gelaran jawatan tetamu dan isteri yang menggunakan kenderaan tersebut.

Terdahulu, tular gambar di media sosial yang memaparkan plat kenderaan ‘Isteri YAB Perdana Menteri’ dan mencetuskan rasa tidak puas hati pengguna mendia sosial.

Difahamkan Wan Azizah menggunakan kenderaan itu semasa persidangan Pandu Puteri yang diadakan di Kota Kinabalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI