fbpx

Persahabatan Steinbruckner, Hodak memuncak di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STEINBRUCKNER dan Hodak akan meletakkan ke tepi persahabatan mereka menjelang aksi separuh akhir Piala FA antara Sang Penyu dan The City Boys di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam ini.

TERENGGANU FC (TFC) tampak bersedia dengan kemungkinan aksi 90 minit separuh akhir Piala FA bertemu KL City FC berakhir dengan keputusan seri.

Pengendali TFC, Tomislav Steinbruckner berkata, beliau menyiapkan skuad dari segi kecergasan jika perlu menghadapi tambahan masa 30 minit lagi.

Jurulatih kelahiran Croatia itu juga mengakui Sang Penyu turut bersedia menghadapi penentuan sepakan penalti bagi menentukan pemenang mutlak.

“Aksi ini adalah ujian antara prestasi semasa kapten KL City, Paulo Josue serta Kipre Tchetche yang menemui sentuhan jaringan.

“Kami tidak akan hanya me­numpukan kepada dua pemain itu tetapi tonggak lawan lain se­perti Romel Morales, Patrick Rei­chelt, Zhafri Yahya dan Haqimi Azim Rosli,” katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad semalam.

Steinbruckner menegaskan,­ aksi terakhir degan KL City dalam Liga Super berakhir 0-0 menyebabkan skuad kendaliannya sedia dengan segala kemungkinan termasuk penalti.

Steinbruckner mengakui aksi malam ini merupakan perlawanan paling penting sejak melatih TFC dengan misi mara ke pentas akhir buat tahun kedua berturut-turut.

“(Pengendali KL City) Bojan Hodak yang juga rakan senegara dan bekas rakan sepasukan saya dalam Liga Singapura 1999 pasti bukan lawan mudah untuk kami ulangi pencapaian musim lalu.

“Beliau adalah kawan baik di luar padang, namun untuk malam esok (ini), dianggap lawan. Kami masing-masing ingin membawa pasukan ke perlawanan akhir,” katanya.

Steinbruckner berkata, tiada istilah pasukan pilihan kerana TFC dan KL City memiliki peluang seimbang untuk ke Stadium Sultan Ibrahim sebagai finalis pada bulan depan.

Beliau memberitahu, semua pemain sedia untuk diturunkan kecuali Syafik Ismail, Hairiey Hakim Mamat dan Sardor Kulmatov kerana kecederaan, manakala Hakim dan Kulmatov pula belum cergas 100 peratus.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI