PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di lima negeri sehingga pukul 9 malam ini.
MetMalaysia menerusi laporan cuaca di Facebook memaklumkan, antara kawasan terlibat adalah di Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh) serta Terengganu (Kemaman).
Selain itu, di Pahang melibatkan Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.
“Bagi kawasan di Sarawak pula, keadaan yang sama tertumpu sekitar Serian (Serian), Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Sibu (Selangau) dan Bintulu (Tatau dan Sebauh).
“Di Sabah melibatkan Pedalaman (Nabawan) dan Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan),” jelas laporan itu. – KOSMO! ONLINE