fbpx

Lelaki berkopiah selak kain, kencing belakang but kereta orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman CCTV yang memaparkan aksi tidak senonoh lelaki terbabit.

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki berkopiah yang memakai baju Melayu serta berkain pelekat membuang air kecil di belakang bot kereta orang telah mendapat kecaman ramai apabila rakaman aksinya itu tersebar di media sosial.

Menerusi rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik pengguna Twitter @amer7211, jelas memaparkan lelaki berkenaan berjalan seorang diri dan kemudian menghampiri sebuah kereta jenis Perodua Axia sebelum menyelak kain pelekatnya dan kencing berdiri.

Sebaik sahaja selesai ‘melepaskan hajat’, lelaki berkenaan terus berlalu pergi tanpa rasa bersalah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa kecewa dan berang dengan tindakan tidak senonoh lelaki berkenaan yang dilihat jelas memburukkan imej seorang muslim.

“Pakai baju Melayu dan cantik, pakai kopiah dah bagus, yang buruk adab kau bro (abang), tang kau kencing dekat kereta orang kenapa?,” soal Zabidin.

“Agaknya tak tahan sangat pun, cari la longkang, bukan basuh kereta orang lain dengan najis kau, dapat kat aku memang aku bomohkan air kencing kau bang,” tegur seorang pengguna Twitter lain.

“Pokok pisang kawasan rumput tu kan boleh, kereta orang juga kau sasar,” kata Jack. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI